Rabu, 26 Maret 2008

Lelaki Tertinggi Di Dunia




Kini, rakyat Ukraine ada satu lagi sebab untuk berbangga di pentas antarabangsa selain megah dengan pencapaian Yana Klochkova (pemenang pingat emas renang di Olimpik Sydney dan Athens) dan Andriy Shevchenko (mantan penyerang berbisa pasukan bola sepak gergasi Itali - AC Milan).

Guiness World Records hari ini melaporkan Leonid Stadnik, 37, bekas doktor haiwan dengan ketinggian 8 kaki 5 inci (2.56 meter) - telah mengatasi pemegang rekod terdahulu iaitu Bao Xishun, iaitu 7 kaki 9 inci.

Stadnik mengalami pertumbuhan fizikal ekstrem pada usia 14 tahun apabila pembedahan otak telah menstimulasi kelenjar pituitari - kelenjar yang menghasilkan hormon pertumbuhan manusia.

Stadnik kini tinggal bersama-sama ibunya.

Untuk rekod, manusia tertinggi di dunia yang pernah dicatatkan ialah warga Illinois, Robert Pershing Wadlow dengan ketinggian 8 kaki 11 inci yang meninggal dunia pada 1940 ketika berusia 22 tahun.

Tidak ada komentar: