Senin, 24 Maret 2008

Jenis-jenis Operator IRC

Sesuai janji Mr_Pane kemarin...hari ni kita bahas jenis-jenis IRCop.

Operator IRC tidak mempunyai persamaan fungsi. Terdapat bermacam-macam kategori dari Operator IRC dan setiap dari mereka mempunyai akses yang berbeza untuk membuat perintah yang lebih spesifik. Pada umumnya, setiap kategori mempunyai akses tersendiri kepada setiap perintah-perintah yang telah dijelaskan di atas (dengan pengecualian setiap pentadbir pelayan). Dengan kata lain, semakin tinggi kategorinya atau semakin tinggi akses yang mereka (Operator IRC) miliki semakin besar tanggungjawab dan tugas yang harus mereka kerjakan. Penjelasan di bawah ini mungkin boleh memberikan pengertian yang lebih baik mengenai apa saja yang mereka boleh lakukan di dalam rangkaian IRC.
1. Local Operators (Operator Lokal)

Operator IRC lokal hanya akan dapat dilihat sebagai oper jika anda memeriksanya melalui maklumat WHOIS dari pelayan yang sedang mereka gunakan pada saat itu. Mereka mempunyai kemampuan untuk mengakset baris k:lines (bans pelayan lokal), menghubungkan kembali pelayan lokalnya yang terputus dari rangkaian, dan memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari pelayan lokalnya, serta melihat/mengetahui pengguna yang menggunakan mode +i (invisible) dan kemampuan lain yang terbatas.

Secara umum boleh dikatakan, operator lokal hanya boleh menimbulkan kesan kepada primary pelayannya saja dan tidak memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
2. Global Operators (Operator Global)

Operator IRC global akan dilihat sebagai oper walaupun dimana anda berada pada disetiap pelayan dalam suatu rangkaian IRC. Mereka mempunyai kemampuan untuk memutuskan hubungan IRC daripada pengguna dari setiap pelayan, dan mempunyai kemampuan untuk melihat daftar akses ChanServ untuk (aop/sop/count), dsb.

Tidak seperti operator lokal, operator global mempunyai kesan secara keseluruhan bagi rangkaian melalui tindakan mereka.
3. Services Administrators (Pentadbir Perkhidmatan)

Pentadbir Perkhidmatan (Services Administator) dikenali juga sebagai SA (seseorang yang menggunakan mode +a). Mereka dapat mengsetkan baris K:lines (bans pelayan global), channel masskick, melihat daftar akses NickServ, mengubah mode-mode channel tanpa menjadi @op di dalam channel, dsb.
4. Server Administrators (Pentadbir Pelayan)

Pentadbir Pelayan (seseorang yang menggunakan mode +A) adalah administrator dari pelayan DALnet. Mereka bertanggungjawab diatas segala tindakan-tindakan yang dilakukan oleh primary opers dalam pelayan yang dipaparkan oleh Pentadbir Pelayan itu sendiri dan bertanggungjawab terhadap segala risiko yang terjadi di dalam pelayan mereka bagi keseluruhan rangkaian. Ada kemungkinan satu pelayan mempunyai dua Pentadbir Pelayan.
5. Channel Services Operator (Operator Perkhidmatan Channel)

Channel Services Operators biasanya dikenali juga sebagai CSop. Mereka mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kembali dan mengirimkan password anda jika didapati anda kehilangan akses terhadap channel ataupun nama samaran milik anda, pembekuan nama samaran dan channel, menutup channel, yang semuanya itu hanya dilakukan apabila seseorang melakukan pelanggaran terhadap peraturan DALnet, dsb.

ini kerana mereka dapat membantu anda dalam masalah password, Maka biasanya CSops adalah operator yang paling banyak ditanyakan/dicari oleh semua pengguna DALnet. walaubagaimanapun , mustahil bagi anda untuk mengetahui apakah seorang oper itu adalah CSop atau bukan dengan hanya melihat pada maklumat /whois mereka. Tapi anda boleh mencuba untuk melihat pendaftaran siapa saja yang merupakan CSops di DALnet dengan menggunakan perintah /motd services.*.
6. Services Root Administrator (Pentadbir Dasar Perkhidmatan)

Hanya beberapa orang saja yang merupakan SRA dalam DALnet dan mereka mempunyai kekuasaan akses yang tinggi terhadap Services. Terdapat segolongan daripada mereka adalah Services coders, dan yang lainnya adalah anggota daripada Lembaga Pentadbiran Keseluruhan (dulu dikenali sebagai Lembaga Eksekutif), dsb. Mereka adalah sekumpulan orang-orang yang sebenarnya bertugas untuk memelihara Services dan memberikan jawapan kepada semua orang terhadap masalah-masalah yang dilaporkan kepada mereka (Services Root Administrator).

Tidak ada komentar: