Sabtu, 22 Maret 2008

Arti, Tugas, dan Larangan IRCop

Mr_Pane coba berikan pengertian, tugas, dan larangan bagi Para Operator di IRC (red), ini sih belum selengkapnya, hanya sebagian kecil dari yang sebenarnya (heheheheheheh,,,) :


1 · Apakah yang dimaksudkan dengan IRCop?

Pengertian IRCop merupakan singkatan daripada IRC Operator - tetapi bukan IRC Cop (Polis IRC) atau mIRC Cop (Polis mIRC) seperti yang diketahui selama ini. Mereka juga boleh di istilahkan sebagai oper (dan juga kita haruslah memahami, bahawa amat penting untuk membuat perbezaan antara IRC dan mIRC dimana mIRC adalah sebuah program yang digunakan untuk mengaksess IRC; terdapat begitu banyak program IRC berbanding mIRC untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan teman-teman di dalam rangkaian IRC).

Operator IRC adalah seseorang yang mempunyai aksess untuk menggunakan perintah-perintah didalam menguruskan kegiatan pentadbiran pelayan mereka termasuk diseluruh jaringan pelayan. Mereka biasanya mempunyai pengalaman dalam menggunakan IRC dan rangkaian DALnet berbanding pengguna biasa, maka dengan itu jelas kita ketahui bahawa mereka mempunyai kuasa dalam mengatasi segala situasi masalah-masalah yang terdapat di dalam rangkaian. Sebagai contoh mereka melakukan semua itu secara sukarela dengan memberikan waktu mereka untuk menjaga kestabilan rangkaian tanpa bayaran , kerana semuanya dilakukan secara sukarela.


2 · Apakah perkara yang merupakan tanggungjawab daripada seseorang Operator IRC?

Tugas utama seseorang Operator IRC ialah dikehendaki melihat bahawa pelayan mereka, dan juga keseluruhan rangkaian, berjalan dengan baik sebagaimana yang dikehendakinya. Termasuk juga melakukan berbagai tindakan terhadap orang-orang yang melanggar peraturan DALnet seperti klon, pembanjir ataupun pengiklan berleluasa. (spammers) dan memutuskan serta menyambung pelayan bagi memperbaiki lag (hambatan jalur data) atau netsplits (putusan jaringan) (penjelasan mengenai netsplits yang dapat dilihat di http://docs.dal.net/docs/netsplitsmy.html).

Seorang Operator IRC dikehendaki meluangkan waktu untuk menolong pengguna. Misalnya, salah satu alasan yang paling banyak terjadi iaitu pengguna haruslah mencari Operator IRC kerana mereka tidak sengaja melupakan kata laluan nama samaran ataupun channel yang didaftarkan atas nama nama samarannya. Dan juga sebagai catatan bahawa Operator IRC sebenarnya tidak diwajibkan untuk membantu pengguna walaupun hal itu sebenarnya terdapat di dalam pentadbiran rangkaian DALnet.

Beberapa Pentadbir Pelayan boleh menggunakan haknya untuk mengambil masa yang diguna oleh para opsnya ketika para opsnya sedang memberikan bantuan kepada pengguna ataupun ketika mereka sedang berbual untuk melaksanakan fungsi dan tugas utama daripada seorang Operator IRC itu sendiri, namun hal tersebut tidak berlaku kepada semua pelayan yang ada di dalam rangkaian. Walaupun jika terdapat seorang Operator IRC di dalam salah satu pelayan yang adminnya menjalankan hak tersebut, mereka (Operator IRC) tetap mempunyai hak tersendiri untuk menolak secara peribadi dalam membantu pengguna dengan berbagai alasan yang mereka ada tanpa menghiraukan admin yang menggunakan haknya. Sebagai catatan terdapat Operator IRC yang mempunyai kesibukan tersendiri dengan berbagai tugasan dan tanggungjawab yang mereka miliki di dalam kehidupan IRC mereka dan kehidupan pribadi masing-masing .


3 · Apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan oleh Operator IRC?

Berkenaan dengan hal yang mereka percayai, Operator IRC tidak boleh melakukan apa yang mereka kehendaki mengikut sesuka hati mereka. Mereka dipilih sebagai opers untuk melaksanakan tugasnya dengan baik demi melancarkan pelayan mereka dan juga untuk kelancaran dari seluruh rangkaian, mereka diharuskan untuk mengikuti peraturan yang telah dibuat dan berkelakuan sebagaimana mengikut kelayakanya, bertanggungjawab terhadap status yang mereka miliki.

Operator IRC tidak akan mencuri ataupun men-drop nama samaran dan channel demi kesenangan mereka. Segala perkara yang mereka lakukan semuanya dirakam dalam database dan segala penyalahgunaan perintah akan atasi dengan serius oleh unit tersendiri. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Operator IRC tidak akan mengambil tindakan dalam melawan pengguna yang melanggar peraturan DALnet, adakah mereka itu spammers, cloners, penyalahgunaan Services atau sesuatu yang mengakibatkan kekacauan? Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa Operator IRC boleh menggunakan kekuasaan mereka untuk melihat pembicaraan seseorang secara privat walaupun itu adalah pilihan yang tidak terdapat di dalam rangkaian DALnet. semasa pilihan ini berfungsi di dalam rangkaian IRC yang lain, namun tidak berlaku dalam DALnet.

ini bermaksud Operator IRC tidak akan men-drop nama samaran atau channel ketika berada di dalam waktu tamat tempoh.. Ketika Services tidak aktif (down), mereka (Operator IRC) biasanya tidak akan menggunakan anda untuk menjadi @(op) di dalam channel anda walaupun anda mengatakan bahawa anda adalah operators/founder dari channel tersebut. Dengan memberi alasan Operator IRC tidak boleh memeriksa/menguji bahawa anda memang benar-benar operators/founders dari channel yang bersangkutan ketika Services sedang tidak aktif (dengan kata lain, anda tidak boleh mendapatkan hak anda untuk mendapatkan @ops ketika Services sedang tidak aktif). Namun walaubagaimanapun , mereka (Operator IRC) akan membantu anda apabila channel anda diserang dengan masalah klon dan banjir.

Untuk mengimbas semula peraturan DALnet mengatakan , setiap pengasas channel bebas menjalankan kebijaksanaan mereka ataupun peraturan channel masing-masing, walaupun misalnya terdapat beberapa orang yang tidak setuju akan perkara ini, DALnet tidak akan masuk campur dalam kebijakan pengasas channel sewaktu mereka tidak mengganggu DALnet's Services itu sendiri. Ini kerana tidak terdapat peraturan yang mengatakan bahawa pengasas channel haruslah bijaksana dan adil -- jika anda tidak suka dengan peraturan ataupun bagaimanakah cara channel itu berjalan, ideal yang sangat baik adalah anda haruslah mencuba channel yang berbeza dan mungkin sesuai bagi anda untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian disini telah dinyatakan Operator IRC tidak mempunyai hak kekuasaan didalam masalah tipe internal channel seperti yang telah disebutkan di atas.

Sebagai catatan seterusnya Operator IRC secara umum tidak akan masuk campur dalam segala masalah pengurusan channel kecuali apabila ada seseorang/yang bertentangan dengan pedoman/peraturan dari rangkaian. Masalah seperti apabila anda tiba-tiba terkena kick atau terkena ban dari channel .ini disebabkan kelalaian channel ops, dsb. Sebaik-baiknya anda dikehenaki melaporkan kepada pengasas channel tetapi bukan kepada Operator IRC.


nah,,,untuk hari ini cukup Pengertian, Tugas dan Larangan aja dolo...besok² kita lanjutkan lagi ke bagian berikutnya yach,,,,,,. (Mr_Pane)

Tidak ada komentar: